Selamat Petang Warga Kota Belud

Kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf sistem SAIFON sedang dijalankan. Pengguna apps SAIFON usah bimbang dengan statu ...s Sg Tempasuk sekarang kerana ujian sedang dilakukan.

Sekian Terima Kasih.

Baca Lagi
Selamat Petang Warga Kota Belud

Berikutan hujan lebat berlaku di Kota Belud, paras air di Sg. Abai sedang meningkat sehingga mencecah aras berjaga- ...jaga (4.44m). Penduduk, terutama sekali di kawasan Kg Sembirai dan Kg. Bobot dinasihati agar berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan banjir. Para pengguna Dashboard Komuniti Kota Belud dialu-alukan menyalurkan maklumat semasa keadaan di kawasan hotspot banjir. Untuk makluman, jalan raya dari pekan menuju ke Kg. Bobot masih lagi boleh dilalui.

Sekian Terima Kasih.

Baca Lagi
Selamat Pagi Warga Kota Belud

Hujan renyai sekitar Daerah Kota Belud. Penduduk dinasihatkan agar berjaga-jaga dalam sebarang kemungkinan banjir, te ...rutama di kawasan Kg Sembira, Kg Bobot, dan Kg Siasai Tamu.

Untuk info, Kota Marudu kini dilanda banjir.

Sekian Terima Kasih

Baca Lagi
APM KOTA BELUD

LAWATAN KERJA KE PUSAT KAWALAN BENCANA OLEH YBHG. DATO' SRI DR. HALIM SHAFIE, PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYS ...IA

TARIKH: 18.12.2016
MASA: 1400-1630
TEMPAT: PUPA KOTA BELUD

Baca Lagi
Selamat petang warga Kota Belud
PENGGAMBARAN DOKUMENTARI
RONA SABAH MENGGAPAI
ASPIRASI


TARIKH : 9.12.2016
MASA : 1400-1500 HRS
TEMPAT : PUPA KOTA BELUD
INFO KESEDARAN BENCANA BAGI PENDUDUK DAERAH KOTA BELUD


Kebelakangan ini menjadi viral di media sosial pelbagai kejadian bencana yang belum ditent ...ukan kesahihannya..berikut disertakn senarai agensi / jabatan bertanggungjawab sekiranya berlaku bencana..mohon tuan/puan menghubungi jabatan2 berkaitan sekiranya berlaku atau mendapatkan pengesahan kejadian bencana:

1. Pejabat Daerah Kota Belud
(Pegawai Daerah)
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
No. Tel : 088-976542
Laman web : www.sabah.gov.my/pd.kb/

2. Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Kota Belud
- Setiausaha JPBD Daerah Kota Belud
- PUSAT KAWALAN BENCANA KOTA BELUD
No. Tel : 088-971858
Laman web : saifon.my

3. Balai Polis Kota Belud
- Komander operasi bencana
No. Telefon : 088-976600
Laman web : http://www.rmp.gov.my

4. Balai Bomba Kota Belud
- Tim. Komander operasi bencana
No. Tel : 088-976504
Laman web : www.bomba.gov.my

5. Hospital Kota Belud
- Perawatan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana
No. Tel : 088-976333
Laman web : hkotabelud.moh.gov.my
Fb : https://ms-my.facebook.com/Hospital-Kota-Belud/295745770534265

6. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Kota Belud
- Pusat pemindahan
No. Telefon : 088-976633
Laman web : ww2.sabah.gov.mg
Fb : http://ms-my.facebook.com/Jabatan-Perkhidmatan-Kebajikan-Am-Sabah-248007361920118/

7. Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Kota Belud
- Operasi bencana
No. Tel : 088-976608
Laman web : www.rela.gov.my
Fb : http://www.facebook.com/rela.kotabelud

Senarai jabatan di atas adalah sebahagian daripada agensi yg terlibat dgn pengurusan bencana

Info cuaca terkini tuan / puan blh perolehi di laman Jabatan Meteorologi www.met.gov.my

Info banjir terkini tuan / puan boleh perolehi di publicinfobanjir.water.gov.my

Info terkini bencana boleh diperolehi di
1. NADMA - www.nadma.gov.my
2. APM - www.civildefence.gov.my

Sekiranya berlaku bencana hubungi segera pihak berkuasa atau talian kecemasan 999,

Jadilah pengguna laman sosial yg bertanggungjawab..jangan menyebarkan perkara yg boleh menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat

Info dan pesanan ikhlas daripada :
Sekretariat,
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Belud (JPBD)
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Belud (APM)

Baca Lagi
INFORMASI KAWASAN HOTSPOT BENCANA

Dimaklumkan bahawa pemantauan telah dijalankan di lokasi-lokasi kawasan hotspot bencana. Pihak APM telah mengesan ... aktiviti kenaikan air di kawasan sungai Abai dengan sungai Kedamaian pada 1956 hrs (kenaikan setinggi 4.65m di sungai abai). Oleh itu, tindakan berjaga-jaga telah diambil untuk mengawasi keadaan sekitar kawasan hotspot. Sehingga 2112 hrs, bacaan di sungai Abai dicatatkan 5.20m

Baca Lagi
LAWATAN KERJA KE PUSAT KAWALAN BENCANA -SECURITY AND INTEGRATED FLOOD OPERATION NETWORK (SAIFON) OLEH KOL MULLIADI AL HAMDI BIN LADIN PENGARAH PERTAHA ...NAN AWAM NEGERI SABAH MERANGKAP KETUA SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN )

TARIKH : 15.09.2016
MASA : 1100 - 1145 HRS
TEMPAT : PUPA KOTA BELUD

Baca Lagi
PUSAT KAWALAN BENCANA
SECURITY AND INTEGRATED FLOOD OPERATION NETWORK (SAIFON)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM KOTA BELUD